Dilemma Melayu Kita
Apa erti kemerdekaan
Bagi orang melayu kita
Tak boleh terima perubahan
Anak cucu berputih mata
Orang lain berebut peluang
Kita hanya tengok saja
Masa tetap berjalan
Sedikit pun tak menunggu kita
Dilemma Melayu kita
Bangsa lain hidup bersatu
Orang kita gaduh sekampung
Bangsa lain sudah maju
Orang kita masih mundur
Cakap orang semua dipercaya
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut masa zaman dahulu
Jadi katak bawah tempurung
Dilemma Melayu kita
Rumah orang rumah batu
Rumah kita atap mulung
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat
Rumah orang karpet baldu
Rumh kita tikar berkarat
Masa majlis nak sambut menantu
Patah gelegar cabut tukar
Dilemma Melayu kita
Kereta orang kereta Mercedes
Kereta kita kereta lembu
Kereta orang asap nipis
Kereata kita asap segunung
Kereata orang hidup dengan suis
Kereta kita kena tolak saja
Beli baju dah tak ada duit
beli beras pun huntang saja
Dilemma Melayu kita
Anak orang naik kapal
terbang
Anak kita naik teksi
Anak orang makan di hotel
Anak kita di kedai kopi
Ank orang jadi tauke
Anak kita jadi kuli
Habis duit tengah bulan
Barang bini digadai lagi
Dilemma Melayu kita
Anak orang jadi peniga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju karung guni
Anak orang bahagia
Anak kita langsung tak menjadi
Jadi mangsa dadah dan ganja
Jadi mangsa budaya kuning
Dilemma Melayu kita
Anak orang baca buku
Anak kita duduk lepak
Anak orang masuk ke universiti
Anak kita masuk lokap
Anak orang minum susu
Anak kita tegok arak
Macam mana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap
Dilemma Melayu kita
Anak orang pergi ke masjid
Anak kita jadi mat rempit
Anak orang pergi belajar
Anak kita pergi buang masa
Anak orang perangai baik
Anak kita macam syaitan
Cari bala dan penyakit
Tak pernah fikir masa depan
Dilemma Melayu kita
Credit to : Cikgu Naim
Dikir Barat Kelantan