Jumaat, 2 Oktober 2009

Kazen "Kecik" Datang Beraya


Pagi-pagi gik cdak tok dah dgt kerumah...datang secara berjemaah gik ya....ada tujuan la cdak datang ya...nasib bait la aku lum kereja...heheh...


Kenak nya di fokus?? sebab nya mok ngis ya...congek lu jak.....



Meriah rumah oleh cdak tok......teringat zaman kecik2 lok...cgek kampung seari jak jalan dan abis...esok ulang gik....



Raya la a....kelak mun ktk org dah besar2 Raya pun sik rasa Raya gik dah......



Nazim..minum air gas...mun mak nya tau siap la.....



Anak-anak dara Usu.........



Udut ng ku madah la.......muka gaok ada jak....



Miak tok mun nya kaka porek lu jak..kalah orang tua oleh nya...tua eja lu jak.



Menyambut Malam & Likur Di Seberang "Waterfront"

Pemandangan Malam 7 Likur Di tebingan Waterfront Kuching.


Mercun dan Bunga Api menghiasi Kuching di Malam 7 Likur.


Dari seberang nampak hotel Hilton di rakam dari Pangkalan Boyan.


Letusan Bunga Api satu pemandangan yang cantik di Malam 7 Likur di Waterfront Kuching.

Khazanah Gumpey Yang Berharga


" Beduk " tok dah berusia juak dah...menurut Haji Pawi...beduk tok dah 3 buah masjid dah di Gumpey tapi beduk tok tetap masih juak beduk yang lama, sik pernah ditukar.

Tok kira harta khazanah Gumpey yang berharga la......walaupun dan sekian lamak Kampung Gumpey tok wujud beduk tok tetap mantain jak.

beduk tok di Gumpey ada beberapa fungsi nya. Fungsi utama beduk tok k nanda masuk waktu sembahyang la.....5 kali seari mesti beduk tok akan di paluk. Kak ya pakey madah berita kematian yang berlaku di Gumpey, k nanda mula puasa ngn akan di hentam nagn di paluk denagn cara dan bunyi yang pelik2 pada malam hari Raya.

Bagi sesiapa yang sik tau apa benda yang namanya Beduk tok la Beduk. Mun mok tau cerita lebih lanjut gik ktk org boleh tyak la org2 tua di Gumpey tok. nektok banyak Masjid dan sik makey beduk gik. makey mike jak dah.


Khamis, 1 Oktober 2009

AiDiLFitRi De Gumpey


Salam lebaran, salam aidilfitri....... selamat hari raya maaf zahir dan batin di ucapan kepada semua warga Gumpey tidak kira dimana juga berada. Tidak kira kecil besar tua atau muda. hari raya mesti disambut meriah. Pada post "A
iDiLFitRi De Gumpey" pada kali ini, beberapa keping gambar yang sempat di rakam pada pagi hari raya akan di paparkan.

Diharapkan warga Gumpey yang tidak sempat balik beraya di kampung halaman yang di cintai ini, agar terubat sedikit dengan melihat gambar Majid Gumpey bersempena hari raya ini.

walaupun post ini simple dan tidak sepertinya. tetapi gambar-gambar yang ada membawa banyak makna kepada insan-insan tertentu.



Susur masuk ke Masjid Darul Iman Kampung Gumpey



Masjid Darul Iman Kampung Gumpey



Ucop , Day-Bit & Say-Pool (sebelum sembahyang raya)



Sementara menunggu Solat Sunat Aidilfitri bermula.


" Berjarah" di Pagi Raya. Zie senyum Kambing.



Merokok lok sebelum sembahyang. Sarip G, Bujang Jo, Ali S & Salihin J.



Para jemaah sama-sama bertakbir........




Setelah selesai solat ada satu tempat yang akan dituji.......semestinya.......



Inilah tempat wajib dikunjungi oleh pemuda-pemuda Gumpey tak kira siang-malam, pagi-petang, hujan-ribut dan sebagainya.



Sah sempat posing dengan gaya pelik kat depan Bus Stand.



Ucop ngan Suria posing depan Skuter barunya.



Suria, Topok ngan Sam....leka memerhatikan Salihin molah lawak "kerak".


Say-Poll, Suria, Topok ngan Sam posing ala-ala kadar jak dan bosan duk lepak jak-jak.

Ada gik uka cdak tok lok, muka orang lain lu sik da lok.

Rabu, 30 September 2009

X-eks P-pie D-die C-sie Memburu Si Sepit Biru


Satu Pemandangan yang indah di rakamkan dari tengah-tengah Sungai Landeh.


Memancing merupakan hobi yang kian popular di kalangan penduduk di Malaysia dan di Gumpey amnya semenjak dua menjak ini. Memancing bukan sahaja menjadi satu hobi, malah satu kegilaan bagi kaki-kaki pancing di sekitar Sungai Sadong dan kawasan yang sama waktu denganya.



Pancing pertama yang dalabuhkan kedasar sungai untuk memburu Si Sepit Biru


Tidak ketinggalan Warga Gumpey juga terikut-ikut fenomena yang sama. Dalam post ini dua berkawan ( Saya dan Saudara Ali Nafiah) dalam catatan cuba untuk menawan ataupun menewaskan Si Sepit Biru di Sungai Kampung Landeh Padawan Sarawak.

Perjalanan dari Gumpey ke kampung Landeh mangambil masa lebih kurang dalam satu setengah jam menaiki motorsikal Honda Wave kepunyaan Saudara Ali Nafiah. Perjalanan kami sampai ke destinasinya lebih kurang pada jam 10.30 pagi. Ketibaan kami di sambut oleh keluarga angkat Saudara Ali Nafiah. Stelah menjamah sesuap nasi yang di sediakan pemburuan kami bermula.



Sentapan lemah pada hujung pancing untuk habuan Si Ikan Bekut


Kami menaiki perahu yang digunakan untuk memuatkan pasir seberat 5 tan dan berkuasakan ejin sangkut 5 kuda. Setelah melengkapkan segala peralatan dan umpan "kompon" atau dalam bahasa Melayu nya umpun-umpun kami menuju ke lubuk yang dikatakan oleh penunjuk arah memiliki penunggu yang hebat dan luar biasa.

Setelah tiba di lubuk yang di tujui......sauh mula dilabuhkan dan umpan di cangkuk pada mata kail. Saudara Ali Nafiah membuat balingan yang pertama ke dasar sungai mengharapankan sentapan "maut "dari si Sepit Biru.

Setelah menggu hampir 15 minit. Satu sentapan lemah dari hujung pancing membuahkan harapan. Hasilnya seekor ikan "bekut" dalam nama tempatanya berjaya di jinakan.





Wajah penuh keghairahan Saudara Ali mengarau tali pancing untuk mengetahui kekuatan lubuk.




Berusaha keras untuk menjinakan mangsa yang meronta di hujung pancing.

Perubahan arus sungai yang langsung tidak bergerak ( sungai mati ) dan bunyi bising dari kapal pengorek pasir membantutkan usaha kami. Setelah hampir 5 jam menggu dengan penuh harapan agar Si Sepit Biru tertewas kami hanya berjaya menaikan 5 ekor udang galah bersaiz besar 4 ekor bersaiz sederhana dan beberapa ekor ikan "bekut".



Kerosakan kekili membawa padah. Akhirnya Si Sepit Biru Terlepas dan hanya mampu
" berputih mata "

Saya dan Saudara Ali menamatkan ekspedisi kali ini lebih awal dari perancagan berikutan maslah arus sungai dan bunyi bising kapal pengorek pasir itu. Walaupun hasil tangkapan kurang memberansagkan tetapi keindahan sungai dan fauna membuatkan hati tertawan dan membuatkan kunjungkan kami ke Sungai Kampung Landeh Padawan Sarawak menjadi agak berbaloi.