Rabu, 30 September 2009

X-eks P-pie D-die C-sie Memburu Si Sepit Biru


Satu Pemandangan yang indah di rakamkan dari tengah-tengah Sungai Landeh.


Memancing merupakan hobi yang kian popular di kalangan penduduk di Malaysia dan di Gumpey amnya semenjak dua menjak ini. Memancing bukan sahaja menjadi satu hobi, malah satu kegilaan bagi kaki-kaki pancing di sekitar Sungai Sadong dan kawasan yang sama waktu denganya.



Pancing pertama yang dalabuhkan kedasar sungai untuk memburu Si Sepit Biru


Tidak ketinggalan Warga Gumpey juga terikut-ikut fenomena yang sama. Dalam post ini dua berkawan ( Saya dan Saudara Ali Nafiah) dalam catatan cuba untuk menawan ataupun menewaskan Si Sepit Biru di Sungai Kampung Landeh Padawan Sarawak.

Perjalanan dari Gumpey ke kampung Landeh mangambil masa lebih kurang dalam satu setengah jam menaiki motorsikal Honda Wave kepunyaan Saudara Ali Nafiah. Perjalanan kami sampai ke destinasinya lebih kurang pada jam 10.30 pagi. Ketibaan kami di sambut oleh keluarga angkat Saudara Ali Nafiah. Stelah menjamah sesuap nasi yang di sediakan pemburuan kami bermula.



Sentapan lemah pada hujung pancing untuk habuan Si Ikan Bekut


Kami menaiki perahu yang digunakan untuk memuatkan pasir seberat 5 tan dan berkuasakan ejin sangkut 5 kuda. Setelah melengkapkan segala peralatan dan umpan "kompon" atau dalam bahasa Melayu nya umpun-umpun kami menuju ke lubuk yang dikatakan oleh penunjuk arah memiliki penunggu yang hebat dan luar biasa.

Setelah tiba di lubuk yang di tujui......sauh mula dilabuhkan dan umpan di cangkuk pada mata kail. Saudara Ali Nafiah membuat balingan yang pertama ke dasar sungai mengharapankan sentapan "maut "dari si Sepit Biru.

Setelah menggu hampir 15 minit. Satu sentapan lemah dari hujung pancing membuahkan harapan. Hasilnya seekor ikan "bekut" dalam nama tempatanya berjaya di jinakan.





Wajah penuh keghairahan Saudara Ali mengarau tali pancing untuk mengetahui kekuatan lubuk.




Berusaha keras untuk menjinakan mangsa yang meronta di hujung pancing.

Perubahan arus sungai yang langsung tidak bergerak ( sungai mati ) dan bunyi bising dari kapal pengorek pasir membantutkan usaha kami. Setelah hampir 5 jam menggu dengan penuh harapan agar Si Sepit Biru tertewas kami hanya berjaya menaikan 5 ekor udang galah bersaiz besar 4 ekor bersaiz sederhana dan beberapa ekor ikan "bekut".



Kerosakan kekili membawa padah. Akhirnya Si Sepit Biru Terlepas dan hanya mampu
" berputih mata "

Saya dan Saudara Ali menamatkan ekspedisi kali ini lebih awal dari perancagan berikutan maslah arus sungai dan bunyi bising kapal pengorek pasir itu. Walaupun hasil tangkapan kurang memberansagkan tetapi keindahan sungai dan fauna membuatkan hati tertawan dan membuatkan kunjungkan kami ke Sungai Kampung Landeh Padawan Sarawak menjadi agak berbaloi.


Tiada ulasan: