Kampung Gumpey di tepi Sungai Sadong yang mengalir dari hulu Serian ku muara Simunjan. Sungai Sadong ini sepanjang 60.6 km dan merupakan pengangkutan utama penduduk daerah Serian dan Simunjan sedikit masa dahulu sebelum kemudahan jalan raya mengambil alih fungsi sungai ini.
Kampung Gumpey telah wujud mengikut catatan rasmi pada tahun 1801 dan mengikut cakap-cakap orang tua-tua kampung ini telah wujud lebih lama dari apa yang telah direkodkan sebagai catatan rasmi.
Kampung Gumpey didiami pemduduk yang berbangsa Melayu dan beragama Isalam sepenuhnya. Keturunan Melayu yang ada di kampung ini yang paling ketara adalah asalnya dari Brunei di buktikan dengan wujudnya golongan awang, dayang, pengiran , ampouan dan sebagainya lagi. Manakala keturunan yang kedua pula berasal dari Balai Karangan Indonesia. Ini dapat dibuktikan dengan mengkaji serba sedikit salasilah penduduk yang ada di Gumpey sekarang ini.
Kampung Gumpey merupakan salah satu kampung yang terletak dalam pentadbiran Daerah Simunjan. Kampung ini boleh dihubungi dengan menggunakan jalan darat iaitu kira-kira 30 km dari Bandar Serian. kampung ini lengkap dengan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan bekalan elektrik. selain itu kampung ini juga memiliki sebuah sekolah rendah yang telah ramai melahirkan manusia terpelajar dari Gumpey.
Antara kampung lain yang berjiran dengan Kampung Gumpey adalah seperti Kampung Spaoh ( Iban ) , Kampung Gedong ( Melayu ) , Kampung Benat ( Iban ) , Kampung Sebemban ( Bidayauh ) dan Kampung Tanah Putih ( Melayu ).
Majoriti penduduk Gumpey berkerja sebagai petani. Selian itu ada juga yang menyernak lembu sebagai tamabahan. Penduduk Gumpey juga terlibat dalam menangkap ikan air tawar. Ikan yang paling popular atau paling di gemari natara nya Ikan Labang ( rm 35/kg) , Ikan Lajong (rm25/kg) dan Ikan Ketutu@Betutu (rm 40/kg).
Sebenarnya nama Kampung Gumpey wujud atau di ambil bersempena denagn nama sejenis rumput yang banyak terdapat di sini. Nama rumput "gumpey" tersebut telah di ambil dan dijadikan nama untuk kampung ini. begitulah sinonim kampung ini denagn lembu. Ini kerana ramai penduduk kampung ini yang menternak lembu. Ekoran rumput gumpey yang menjadi makanan kepada lembu tersebut.
will be continued.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan