Amalan bergotong royong sememangnya begitusinonim dengan masyarakat dikampung. Amalan ini telah menjadi amalan sekian lama dan diturunkan dari generasi ke generasi seterusnya. Bergotong royong sememangnya sudah menjadi darah daging dalam masyarakat dikampung. Terutamanya dalam melaksanakan sesuatu program kemasyarakatan, majlis kenduri dan membersih sekitar kampung. Selain daripada memudahkan sesuatu pekerjaan melalui gotong royong amalan ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan penduduk kampung.
Amalan ini sehingga kini masih tetap diwarisi oleh masyarakat kampung di mana sahaja khususnya bagi penduduk Kampung Gumpey. Bagi masyarakat Kampung Gumpey setiap aktiviti berkaitan kampung akan dilakukan bersama-sama dan sudah menjadi tradisi terutamanya dalam majlis-majlis kenduri kahwin, kenduri kesyukuran kenduri arwah dan banyak lagi dilakukan secara bersama-sama.
Tidak hairanlah masyarakat kampung dapat hidup dengan aman dan harmoni kerana penduduknya sudah biasa dengan sesama sendiri. Sebarang aktiviti yang akan dilaksanakan akan diadakan secara bermesyuarat bagi mendapatkan pandangan dari setiap seorang. Sememangnya diakui terdapat sebilangan yang tidak bersependapat dan berlainan buah fikiran, ini adalah kerana setiap orang memiliki berlainan kepentingan dan perbezaan pemikiran. Sesetengah berkemungkinan berkepentingan sendiri dan menindas yang lemah dan kurang ilmu. Namun semua itu adalah asam garam dalam kehidupan. Bersepakat membawa berkat.........
Bersempena dengan Majlis Aqiqah, Kenduri Kesyukuran dan Pertunangan yang lepas, kami pihak pentadbir ingin berkongsi sedikit gambaran sepanjang Majlis dan aktiviti gotong royong yang dilaksanakan oleh penduduk dalam menjayakan setiap majlis dan program.
Seekor lembu yang menjadi korban dalam Majlis Aqiqah ini.
Saudara rizza yang membantu menyiapkan pondok bagi tempat memasak.
Menebang pokok mulong(nipah) untuk mengambil umbutnya dijadikan sayur.
Kereta version transformer milik Mr Dahlan Jepon ( manager pasang siap)
sesiapa yang nak guna pasang siap bolehlah berhubung dengan beliau
Pihak perempuan yang turu membantu untuk memasak lauk pauk.
Amalan memasak secara kenduri tetap menjadi tradisi walaupun sekarang terdapatnya katering yang boleh ditempah.
Tidak mengira usia, tua dan muda turut bersama membantu.
Tua dan muda memeriahkan lagi majlis.
Supervisor pada hari tersebut. Mr Pejai P.
Gambaran penduduk yang turut hadir dalam majlis.
Tidak mengira lelaki dan perempuan turut bersama memeriahkan majlis.
Antara ahli Kumpulan Zikir Kampung Gumpey,
berperanan menyumbangkan suara dalam setiap Majlis Zikir dan pembacaan Doa Selamat
Pembacaan zikir oleh penduduk kampung.
Orang-orang lama kita.....( Otai-otai Gumpey ).
Selesai sahaja majlis pengunjung akan disajikan dengan makanan.
Mr. Dahlan selaku pencuci pinggan.
Siapa nak makan hidang sendiri, Mr. Merekan (Joy).
Chef bahagian air Mr. Topok Gondola.
Sila-silakan menjamu selera, tak cukup boleh tambah lagi.
Adalah pentingnya kerjasama dalam bermasyarakat, sekirangnya tiada kerjasama maka akan pincanglah organisasi masyarakat tersebut. Moga amalan sebegini akan terus menjadi amalan masyarakat khususnya bagi generasi-generasi masa kini.
" BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG BULAT MASYARAKAT KERANA MUAFAKAT "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan