Sambutan Hari Raya di Gumpey kali ini dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Futsal Aidilfitri. Sebanyak 7 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita telah menyertai pertandingan ini. Menurut “chief” pertandingan M.O(T) Mohd. Najib Aman, perkara ini adalah luar dari jangkaan kerana tidak dijangkaan 3 pasukan wanita juga turut menyertai pertandingan pada kali ini.
Versi sulung pertandingan futsal di Gumpey ini memberi satu kemeriahan baru bersempena Hari Raya, dan begitu juga dengan budaya sukan di Gumpey. Ini kerana sebelum ini rata-rata penduduk terutamanya penduduk “tegar” Gumpey tidak pernah bermain futsal. Maka dengan adanya pertandingan sebegini, mereka berpeluang dan dapat merasai sendiri apakan itu bermain futsal.
Perkara yang paling mencetusakan kontravesi pada hari pertandingan tidak lain dan tidak bukan adalah peraturan permainan. Ini kerana bagi yang tidak pernah bermain futsal peraturan futsal memang tidak sama seperti permainan bola sepak. Perkara ini sedikit mengelirukan mereka terutamanya bagi yang pertama kali bermain futsal.
“……. Saya memang tidak pernah bermain futsal,…… kalau boleh cubalah bagi penerangan dulu berkaitan peraturan permainan…..” (Abot @Gumpey). Luahan salah seorang pemain pada hari berkenaan.
Sejarah tercipta pada hari berkenaan apabila pasukan yang diangotai oleh (Amir, Latip, Suria, Kayum, Bujang L.) telah berjaya muncul sebagai juara pertama versi sulung pertandingan futsal di Gumpey. Naib Johan pula jatuh kepada pasukan ( Jamai, Ali, Sah, Udin, Najib, Jali, Sepui) yang tewas 3-5 pada perlawanan akhir. Manakala tempat ketiga pula disandang oleh pasukan “Jeraee and Da Gang”. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya, pada pertandingan versi akan datang teruskan mencuba.
Bagi penyertaan wanita pula, automatiknya semua pasukan yang menyertai mendapat tempat pertama hingga ketiga kerana hanya 3 pasukan sahaja yang menyertai. Jadi untuk itu diharapankan pada pertandingan yang akan datang lebih banyak pasukan wanita dapat menyertai pertandingan ini.
Pada pertandingan ini, Ali Nafiah Sabi telah menempa nama dan mencipta sejarah peribadi dan pertandingan sulung ini kerana telah menjadi penjaring gol pertama perlawanan. Beliau berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang di depan gol untuk menjadi penjaring pertama gol perlawanan. Tetapi pada perlawanan akhir beliau tidak dapat beraksi ekoran kecederaan sendi akibat terjahan keras dari pemain lawan.
Pentadbir blog berharap agar aktiviti sebegini dapat diteruskan dan ditambah baik lagi dari masa ke semasa, dan pentadbir blog Gumpey 2008 juga memohon sesiapa yang ada menyimpan gambar pada hari pertandingan supaya dapat dikongsikan. Ini kerana pada hari pertandingan pentadbir agak sibuk ditepi padang mengendalikan perlawanan hingga tidak sempat untuk mengambil gambar. Sumbang anda akan menyerikan lagi blog ini.
“Maju Gumpey Maju Warganya”
2 ulasan:
ada nangga futsal tok ria time g beraya..
TQ...hope to come again..:)
Catat Ulasan