Rabu, 11 Julai 2012

Where is Kampung Gumpey ?











Ahad, 8 Julai 2012

INFO TERKINI

CARTA ORGANISASI 
PEGAWAI MASJID KAMPUNG GUMPEY
UNTUK TAHUN 2013-2015



Assalamualaikum wbt
UNTUK MAKLUMAN kepada semua warga Kampung Gumpey,
Ini adalah Carta Organisasi PEGAWAI MASJID yang terbaru.
Semoga infomasi dan makluman ini dapat memudahkan kita semua terutama sekali berkenaan dengan hal-hal berkaitan agama (ISLAM).
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian..

HARAP MAKLUM.

Isnin, 25 Jun 2012

Tersenyumlah Untuk Hidup!
Meskipun setebal mana mendung meliputi langit, namun sinar mentari tak pernah kehilangan cahayanya. Ia sentiasa menghadirkan sinarnya. Ia sentiasa tegar tanpa kehilangan jati dirinya sebagai sumber penerang di hari ini. Ia tidak pernah menunda bersinar hingga esok, meskipun ia dapati mendung menghalang keindahan sinarnya.


Setiap tumbuhan kembali terjaga dari tidur. Kembang-kembang kembali bermekaran ceria menyambut harinya. Burung-burung terbang dan berkicau dengan merdunya. Semua hadir tanpa rasa sedih, gelisah, dan marah. Semua ceria untuk menjelang setiap detik anugerah-Nya.




Sudahkah kita bertekat untuk megharungi hari ini dengan optimis dan semangat hidup yang akan dikeluarkan?


Dan sudahkah kita bersangka baik sebagai modal bagi kita untuk meneruskan perjalanan ini?


Begitu sia-sia rasanya perjalanan hidup jika setiap detik tidak pernah kita hargai dan syukuri. Begitu siksanya perjalanan hidup ini jika setiap ujian yang menerpanya kita hadapi dengan kemarahan wajah yang muram.  Kesedihan tidak akan mengembalikan segala yang hilang, kembali semula. Tangisan penyesalan akan terasa hampa tanpa kesungguhan usaha untuk bangkit dari kelalaian diri. 


Setiap nasihat hanya akan menjadi penghias jika sedikitpun tidak diniatkan untuk diikuti. Semua usaha terasa sia-sia jika sedikitpun tak berserah diri kepada-Nya.


Tersenyumlah atas anugerah hidup hari ini. Bersykurlah dan bersangka baiklah bahawa Dia memberi kesempatan untuk kita kembali. Sebut setiap asma-Nya dengan penuh kerendahan hati. Besarkan Dia dalam setiap detik perjalanan ini. Jangan engkau gantikan keceriaan diri dengan kesuraman hati yang engkau nampakkan pada wajah yang bermuram durja.


Saudaraku,


Berbahagialah hari ini. Berbahagialah untuk setiap kebahagiaan yang engkau rasakan di hati. Tidak perlu kau ukur dengan besar atau kecilnya nilai berbahagia itu. Berbahagialah walau sekadar berwajah ceria dan sepatah kata dan salam.


Tetaplah berbahagia dan tersenyum dalam rangka mensyukuri segala anugarah-Nya hari ini. Tetaplah berbahagia dan tersenyum seperti mentari yang tidak menunda kehadirannya meskipun mendung menyelimuti indah sinarnya hari ini... (^_^)

Jumaat, 15 Jun 2012

Welcome To Gumpey 2008.

Asslamualaikum w.t.h.....

Syukur alhamdulillah Blog Gumpey 2008 telah menerima seorang lagi pentadbir baru yang juga merupakan anak watan Kampung Gumpey iaitu adik Rahmat Abeng. Sebelum ini saudara Syah Reza juga merupakan pentadbir blog ini. Diharapkan kehadiran kedua-dua pentadbir baru blog ini akan dapat memeriahkan lagi blog ini untuk masa ini dan masa hadapan. Pesanan daripada pengasas Blog Gumpey 2008, gunakan lah blog ini sebaiknya dan jadikan lah blog ini sebagai wadah untuk kita sama-sama berkongsi maklumat dan informasi terbaru dan terkini berkaitan kampung kita. Sekian.....

Khamis, 7 Jun 2012


KELEBIHAN HARI JUMAAT DAN ADAB-ADABNYA

Bagaimana nak jadikan setiap langkah anda sama dengan ibadah setahun bepuasa dan bersolat?




Kita hanya menunggu. Menunggu dari Ramadhan ke Ramadhan, raya ke raya.Ada juga yang menunnggu lailatul qadar dan 10 malam terakhir Ramadhan. Semua sangat baik dan ada banyak keberkatan.Namun ada lagi satu musim yang Allah SWT letakkan segala kebaikan untuk  setahun padanya.Semuanya ada dimusim ini. Ia adalah hari JUMAAT.

Sabda Nabi SAW: "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah Jumaat."

Hari Jumaat telah dikhaskan untuk kita. Allah SWT penuhkannya dengan kebaikan. Para ulamak mengatakan tiada hari yang lebih baik dari Jumaat dalam setahun kecuali hari Arafah, hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Ia malah lebih baik dari Ramadhan dan 10 hari terakhirnya. Hari Jumaat lebih baik daripada hari-hari dalam Ramadhan.

Hadis Nabi SAW tentang hari Jumaat.


Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun." 


Begitulah yang boleh disimpulkan tentang etika dan adab-adab yan boleh diamalkan pada hari Jumaat.

Pertama : Abad bersedia menyambut hari Jumaat.


Lima adab bersedia untuk hari Jumaat adalah : Mandi.
Sesetengah ulama mewajibkannya kerana Nabi SAW bersabda: "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang dah baligh." Iaitu wajib ke atas setiap orang yang baligh.

Adab seterusnya ialah memakai pakaian yang terbaik dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah sunnah kerana Nabi SAW sukakan warna putih.

Ketiga adalah berwangi-wangian menggunakan 'Atar dan haruman-haruman lain.

Keempat pula memotong kuku dan mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.

Adab kelima adalah melumurkan badan dengan minyak, losen atau krim.

Jika lima adab ini diamalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah hari Jumaat.




Kedua: Adab keluar ke masjid.

Kemudian orang itu keluar ke masjid bersama lima lagi adab.

Pertama adalah dengan berjalan selagi mana mampu dan jika masjid berada berdekatan. Atau dia juga boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ia akan dihitung, InsyaAllah dan akan mendapat ganjaran unruk amalan itu.

Kedua adalah dengan keluar awal dan masuk ke masjid sebelum imam berada di mimbar. Inilah antara yang memberi kesan terhadap saya. Ia adalah sabda Nabi SAW : " Di setiap pintu masjid ada malaikat yang menulis nama mereka yang memasuki mengikut urutan. Ketika imam menaiki mimbar, mereka tutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah."


Sunnah Jumaat ketiga ialah menunaikan solat tahiyyatul masjid.Nabi SAW mengarahkan supaya kita tidak duduk sebelum menunaikan solat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib dah menaiki mimbar dan mula menyampaikan khutbahnya. Kita disunatkan untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid.

Keempat adalah sunnah untuk mendekati imam. Saya pelik melihat ramai orang yang masuk awal ke masjid hanya mengambil tempat belakang dan bersandar di dinding-dinding masjid. Sedangkan sunnah untuk kita mencari tempat yang paling hampir dengan imam berdasarkan sabda Nabi SAW: " Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbahnya." 


Sunnah kelima adalah memberi perhatian terhadap khutbah yang disampaikan. Sesetengah orang tidur sepanjang khutbah yang disampaikan. Ketenangan untuk mereka tidur hanyalah pada waktu khutbah disampaikan. Buat mereka yang tidur itu, sesungguhnya mereka terlepas ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah.Memberi perhatian juga adalah penting dan juga meninggalkan perkara yang sia-sia. Kerana terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh orang ramai.

Sesetengah orang, contohnya, ketika mendengar khutbah, dia memeriksa sms. Nabi SAW bersabda :"Barangsiapa yang menggerakkan batu, pada hari Jumaat, maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia, barangsiapa yang melakukan perkara yang sia-sia, maka tiadalah ganjaran pahala  Jumaat untuknya. Baransiapa yang bercakap dengan temannya maka tiadalah pahala jumaat untuknya."



Ketiga: Adab pada hari Jumaat dan malam sebelumnya.

Terdapat adab selain solat Jumaat pada hari Jumaat dan malam sebelumnya.
Pertamanya ialah membaca surah Al-Kahfi seperti sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang mebaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga ke Jumaat yang berikutnya." 
Ia juga akan melindungi kita daripada fitnah dajjal. Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah dajjal yang bahaya itu.

Sunnah Jumaat dan malam sebelumnya yang kedua adalah sesuatu yang dituntut oleh Nabi SAW secara peribadi. Baginda SAW bersabda : "Banyakkanlah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya." Jika kita berselawat kepda Nabi SAW sekali, Allah akan berselawat kepada baginda sebanyak 10 kali. Selawat dari Allah SWT adalah rahmat.

Sunnah ketiga pula adalah dengan banyakkan doa dan menunggu saat doa dimakbulkan. Nabi SAW bersabda: " Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seorang muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh Allah." Saat ini dikenali sebagai saat doa dimakbulkan dan kebanyakan ulamak dan para sahabat Nabi SAW antaranya Ali dan Fatimah Az-Zahrah  dan beberapa sahabat yang lain mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan, adalah ketika matahari mula terbenam.

Antara perkara terpenting yang perlu kita ambil berat ketika mencontohi Nabi SAW adalah persepsi baginda menunjukkan mahabbah Allah SWT kepada kita. Mahabbah kita kepada Allah SWT pula merupakan asas mengapa kita mengamalkan sunnah Nabi SAW.

Allah berfirman : Katakanlah : "Jika kamu benar-benar mencintai Allah,
ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu. 
(Ali-Imran : 31)



_____________________________Isi dipetik dari: Ceramah Fattabiouni - Kelebihan hari Jumaat.

Rabu, 6 Jun 2012


Aku, Nasyid dan"Nuriman" , " OneNUR"~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah~

Entry ketiga dari POLIKU.

"Dakwah itu seni"

Memetik kata-kata seorang murobbi.

Ya, benar.

Sangat.

Maka. perlu diketahui bahawa dakwah itu banyak cabangnya.

Dari segala aspek, akhlak, tarbiyah, hiburan, politik, keluarga.

Semuanya ada.

Dan saya memilih salah satu daripada cabang tersebut.

Hiburan, atau lebih tepat, NASYID~

Rasanya ramai yang sudah mengetahui berkenaan dengan cabang dakwah yang satu ini,
dan rasanya ramai yang sudah mulai menerima perkara ini.

Alhamdulillah~ 

Sangat-sangat memberangsangkan kejayaan dakwah di sebalik nasyid ini.


Ya, memang tidak dinafikan.



Saya sendiri tertarik dengan nasyid sebelum saya memasuki dunia tarbiyah. Dan rasanya Allah memberikan hidayah melalui perkara (nasyid) ini.


Pengalaman saya sendiri, mulai menceburi bidang nasyid ini pada umur 10 tahun, pada darjah 4. Masih ingat lagi, kumpulan nasyid saya ditubuhkan atas nama sekolah "SK GUMPEY". Dimana, kumpulan ini telah ditubuhkan dibawah naungan Cikgu Abu Sufian. Antara ahli-ahlinya ialah mamat, salimin, syah rieza, bujang, jun, pian, sadit, harmidi, faiz dan lain-lain. Dan kumpulan ini merupakan kumpulan nasyid sekolah.

Antara kenangan manis bersama kumpulan nasyid ini ialah kami berjaya mendapat tempat ke-3 di Smk Simunjan no.1 sempena dengan pertandingan nasyid peringkat sekolah-sekolah rendah bahagian simunjan.


Selang beberapa tahun (9 tahun), menjejakkan kaki di bumi POLIKU, tertubuh lagi dua kumpulan nasyid yang dirindui, "NURIMAN" dan "OneNUR". Mulai di sini, banyak perkara yang diajar. Dari segala sudut. Voicing, pemecahan suara, niat bernasyid, percussion, dakwah dalam nasyid dan perkara-perkara yang sama waktu dengannya. 



Seronok?


Ya, sangat seronok.


Orang kata, kalau sepanjang hari itu diperuntukkan untuk bernasyid (sontok sampey ilang suara), sanggup juga.


Sebab?

Sebab yang paling ketara, punyai sahabat-sahabat senasyid yang mempunyai fikrah dan matlamat yang sama, untuk menyampaikan Islam itu sendiri. Disamping  sahabat-sahabat inilah yang mengajak untuk dan mengingat Allah.


 kumpulan "OneNUR" di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Iya.

Ukhwah juga bertaut di situ.

Kerana itulah yang membuatkan kami terus berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

"MENYAMPAIKAN ISLAM"

"OneNUR" bersama kumpulan nasyid dari POLIKK dan POLIMU in memories 2011.


Kalau ada yang bertanya, rindu tak dengan kumpulan nasyid yang dulu?



Jawapan, "Tidaklah, tak rindu pun, tapi terSANGAT rindu~"



Huhu~



Kini, semua sudah berhamburan (bertebaran) di 'medan peperangan' masing-masing. Ada yang di Semenanjung, ada yang berada di tanah air sendiri, dan ada juga yang masih berada di POLIKU.

Huuu~

Sahabat,

Masih ingatkah, Bilik Imam menjadi port kita untuk berlatih. Setiap waktu selepas selesai solat Asar, kita akan berada di sana untuk berlatih. Tidak dilupakan juga waktu malam. Sampai jam 11 berlatih.

Sedih~
(tiba-tiba emo ni.uhuk-uhuk)

Dan banyak lagi kenangan yang kita lalui bersama~

Dah boleh jadi cover album ni~


Lihat.

Betapa bestnya melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah.

Sehinggakan menyanyi mengeluarkan suara punbest saja dirasa.
(kalah best penyanyi-penyanyi di luar sana yang hanya tahu menyanyikan lagu-lagu cinta.adeh)



Tapi, perlu diingatkan.
Sesungguhnya, setiap amalan itu dimulakan dengan niat.


Jadi...



Kalau niat itu hanya sekadar ingin mengeluarkan suara lunak,merdu lagi sedap, lupakan tindakan anda untuk bernasyid. Kerana bernasyid itu bukan untuk keseronokan diri sendiri, tapi untuk 'keseronokan' ummah~



Semoga sama-sama mendapat manfaat dengan uslub yang diambil untuk menyampaikan dakwah.

Dan yang paling penting, moga dengan cara ini, Mardhatillah itu dapat digapai



InsyaAllah~





Destinasi Cinta

Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Selasa, 29 Mei 2012

BULAN REJAB



Sebelum memulakan bicara, Sama samalah kita ingat mengingati amalan mulia yang penuh berkat ini.sebagai panduan diri dan perkongsian bersama.


assalamualaikum dan salam sejahtera......


sekian lamanya blog GUMPEY ini terbiar tanpa di update. dalam kesempatan kami sekadar berkongsi kelebihan dalam bulan Rejab ini. semoga dari ini menjadi renungan dan panduan kita bersama.


Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:" 


 1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 
 2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Ahad, 17 Jun 2012) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 
 3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 
 4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (22,23,24 Mei 2012) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 
 5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah 
 6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 
 7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya." 

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini." 
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)





Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. 
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

dipetik dari: