Selasa, 6 Januari 2009

ಬೇರ್ಸಮ ಕೀಟ RENUNGKAN



Apa perasaan anda bila orang mengatakan bahawa anda seorang yang bodoh?Bangsa yang lemah?Tidak bertanggung jawab?


Marah?Benci?Geram?Kalau orang tersebut ada didepan anda,sudah pasti anda akan pukul dan hujani mereka dengan kata2 kesat.Sial!Bodoh!Ki**k! tentu saja keluar dari mulut.
Tapi...


Pernahkah anda terfikir walaupun sesaat..Mengapa kita Sering dianggap begitu?Pernahkah anda lihat disekeliling anda apa yang terjadi dgn bangsa anda sendiri?Yang kononnya bebas dari penjajahan,freedom katanya..


Jika anda pernah berfikir,
Pernah anda menagmbil sebarang tindakan?Sebarang perubahan?Atau sebarang langkah yang mampu untuk menangkis kata2 tersebut?Ataupun anda hanya tahu mancaci maki mereka sebagai bantahan,melmparkan kata2 kesat.Adakah anda rasa mereka mampu mengubah pandangan mereka dengan tindakan sebegitu?


Isnin, 5 Januari 2009

Sejarah Gumpey yang perlu kita ketahui.



Kampung Gumpey di tepi Sungai Sadong yang mengalir dari hulu Serian ku muara Simunjan. Sungai Sadong ini sepanjang 60.6 km dan merupakan pengangkutan utama penduduk daerah Serian dan Simunjan sedikit masa dahulu sebelum kemudahan jalan raya mengambil alih fungsi sungai ini.


Kampung Gumpey telah wujud mengikut catatan rasmi pada tahun 1801 dan mengikut cakap-cakap orang tua-tua kampung ini telah wujud lebih lama dari apa yang telah direkodkan sebagai catatan rasmi.


Kampung Gumpey didiami pemduduk yang berbangsa Melayu dan beragama Isalam sepenuhnya. Keturunan Melayu yang ada di kampung ini yang paling ketara adalah asalnya dari Brunei di buktikan dengan wujudnya golongan awang, dayang, pengiran , ampouan dan sebagainya lagi. Manakala keturunan yang kedua pula berasal dari Balai Karangan Indonesia. Ini dapat dibuktikan dengan mengkaji serba sedikit salasilah penduduk yang ada di Gumpey sekarang ini.


Kampung Gumpey merupakan salah satu kampung yang terletak dalam pentadbiran Daerah Simunjan. Kampung ini boleh dihubungi dengan menggunakan jalan darat iaitu kira-kira 30 km dari Bandar Serian. kampung ini lengkap dengan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan bekalan elektrik. selain itu kampung ini juga memiliki sebuah sekolah rendah yang telah ramai melahirkan manusia terpelajar dari Gumpey.



Antara kampung lain yang berjiran dengan Kampung Gumpey adalah seperti Kampung Spaoh ( Iban ) , Kampung Gedong ( Melayu ) , Kampung Benat ( Iban ) , Kampung Sebemban ( Bidayauh ) dan Kampung Tanah Putih ( Melayu ).


Majoriti penduduk Gumpey berkerja sebagai petani. Selian itu ada juga yang menyernak lembu sebagai tamabahan. Penduduk Gumpey juga terlibat dalam menangkap ikan air tawar. Ikan yang paling popular atau paling di gemari natara nya Ikan Labang ( rm 35/kg) , Ikan Lajong (rm25/kg) dan Ikan Ketutu@Betutu (rm 40/kg).


Sebenarnya nama Kampung Gumpey wujud atau di ambil bersempena denagn nama sejenis rumput yang banyak terdapat di sini. Nama rumput "gumpey" tersebut telah di ambil dan dijadikan nama untuk kampung ini. begitulah sinonim kampung ini denagn lembu. Ini kerana ramai penduduk kampung ini yang menternak lembu. Ekoran rumput gumpey yang menjadi makanan kepada lembu tersebut.


will be continued.........






lagi dari gumpey untuk anda....

keindahan terserlah.......keagungan




lagi yang terhebat dari gumpey

gumpey yang aman dan permai.....

good view of gumpey 2008..









ANTARA GAMBAR PEMANDANGAN YANG BEGITU SINONIM DENGAN GUMPEY.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails