Sabtu, 30 Julai 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak



Salam Ukhwah Salam Sejahtera kepada semua followers Blog Gumpey 2008. Besempena ketibaan Bulan Ramadhan Mubarak yang mulia ini saya ingin mengmabil kesempatan ini untuk mengucapakan selamat berpuasa kepada semua, khususnya penduduk Kampung Gumpey. Di harapkan Ramadhan kali ini dapat di lalui dengan penuh keinsafan dan kesedaran kedapa diri masing-masing। Sama-samalah kita berusaha untuk menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik di kalangan bulan-bulan yang lain dan memperbanyakkan amal ibadah kita.



Jadi kepada JK Masjid Darul Iman Kampung Gumpey, di harapkan agar pihak JK dapat mengadakan aktiviti ataupun majlis yang bermanfaat agar suasana bulan Ramadhan kali ini lebih di rasai terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan juga penduduk kampung yang lain. Di harapkan agar aktiviti seperti bertadarus beramai-ramai diteruskan dan melibatkan semua lapisan penduduk kampung termasuklah kanak-kanak.

Pertandingan bertuntung yang sudah agak lama tidak diadakan di harapkan agar Ramadhan kali ini pertandingan ini dapat di teruskan kerana ianya memberi signifikan kepada penduduk kampung dan juga kemeriah Ramadhan secara tidak langsungnya. Cadangan kepada JK agar dapat mengadakan acara berbuka puasa perdana dimana penduduk kampong bergotong royong menyediakan juadah dan lauk pauk untuk berbuka.

Aktiviti sebegini di yakini dapat mewujudkan keeratakn silaturahim dan kerjasama antara penduduk Kampung Gumpey. Selain itu, ianya juga dapat member suasana kelainan bersempena Ramadhan berbanding dengan bulan yang lain.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi wadah untuk kita bersama mempertingkatkan amalan dan juga memperbaiki diri.

Wassalam……