Rabu, 9 November 2011

CADANGAN LOGO JKKK KAMPUNG GUMPEY



Maksud Logo:

BUNGA PADI

Penduduk kampung yang terdiri daripada masyarakat petani yang menjalankan aktiviti penanaman padi huma sebagai penjana ekonomi utama keluarga dan untuk menyara hidup.

SIMPULAN TALI

Ikatan persaudaraan dikalangan penduduk kampung yang erat dan melambangkan semua penduduk Kampung Gumpey adalah bersaudara antara satu dengan yang lain.

BUKU

Komited dalam melahirkan generasi muda yang berilmu pengetahuan , berpendidikan dan menajadi insan yang berjaya dan berguna kepada masyarakat agama dan negara.

RANGKAIAN TIGA GELUNG MERAH . KUNING . HITAM

Masyarakat Kampung Gumpey yang aktif dalam kegiatan sukan, riadah dan rekreasi bagi melahiran penduduk yang sihat dan cergas jamaninya.

BULAN SABIT DAN BINTANG

Masyaraka yang beragama islam dan aktif dalam aktiviti keagamaan dan menyuburkan Islam dikalangan penduduk Kampung Gumpey.

BULATAN BESAR

Keakraban masyarakat penduduk Kampung Gumpey yang tolong menolong dan bersatu padu dalam setiap aktiviti.



Lambang Warna Dalam Logo :

MERAH - Keberanian dalam menghadapi sebarang cabaran dan rintangan dalam apa jua bidang.

PUTIH -
Melambangkan kesucian dan kebersihan dalam hati nurani serta dalam kehidupan bermasyarakat untuk memupuk permuafakatan penduduk Kampung Gumpey.

BIRU - Melambangkan penyatuan dan perpaduan bagi membentuk intergrasi nasional dalam melahirkan masyarakat Kampung Gumpey yang bersatu padu dan bersepakat dalam semua hal.
KUNING -
Melambangkan kedaulatan undang-undang bagi Negeri Sarawak serta tanaman padi sebagai sumber ekonomi utama penduduk Kampung Gumpey.

HITAM - Salah satu daripada warna dalam bendera Sarawak dan melambangkan kekayaan hasil hutan dan hasil bumi yang ada di Kampung Gumpey.