Selasa, 4 Januari 2011

Selamat Tahun Baru!


Salam... Warga Gumpey!!!

Selamat tahun baru 2011, di ucapkan kepada semua warga Gumpey desa yang tercinta dan juga follower-follower Blog Gumpey2008 sekalian. Ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua yang sudi memeriahkan blog kampung kita yang tercinta ini.

Di samping itu juga saya selaku pentadbir Blog Gumpey 2008 mengalu-alukan sebarang cadangan mahupun penambahbaikan yang perlu di lakukan agar blog kampung kita ini nampak lebih menarik dan lebih meriah lagi. Agar dapat kita mengetengahkan kampung kita kepada semua warga Gumpey khasnya dan juga sesiapa sahaja yang ingin megetaui Gumpey amnya.

Di sini saya juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin ataupun memiliki artikel yang ingin di kongsikan bersama di dalam blog in agar dapat menyumbangkan artikel ataupun cerita anda, terutamanya kisah-kisah kampung kita, sejarah, peristiwa sana sini, aktiviti-aktiviti dan sebagainya yang boleh kita kongsikan bersama.

Bersempena tahun baru 2011, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan kampung kita dari segi pendidikan terutamnya, ekonomi penduduk dan juga metaliti penduduk kampung kita.

Wassalam.

Dari Meja Pentadbir Bog Gumpey 2008.