Jumaat, 24 September 2010

Rachan Trip



2010, 6 september, kami pentadbir Blog GUMPEY 2008 singgah untuk melepaskan penat ( setelah setengah sem di "KOLEJ" masing-masing ) ke Taman Rekreasi Ranchan untuk bermandi manda. Taman Rekreasi Ranchan yang terletak 3 km daripada Bandar Serian sering dikunjungi orang ramai kerana air terjunnya yang menarik dan sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga. Apa yang menarik disini adalah airnya yang sejuk dan bersih serta keindahan hutan semulajadinya. Kami yang dianggotai 3 orang iaitu Syah Rieza, Saiful dan Mr. Topok (Kaunselar) dan juga beberapa orang kawan-kawan yang lain yang namanya tidak dapat di nyatakan di ruangan ini.

Apa yang istimewa kali ini? trip ini sangat istimewa kerana pada hari tersebut kamilah pengunjung yang pertama sekali datang ke sini. Kami sangat bertuah kerana dapat melihat keadaan yang jarang-jarang dapat di lihat oleh pengunjung yang lain. Ini kerana keadaan yang sunyi dan sepi itu dapat memberikan ketenangan kepada jiwa yang selama ini di hujani oleh tugasan di kolej dan juga syarahan dari pensyarah dan juga segala habuk simen dan bunyi tukul besi kata Mr. Topok.

Deruan air terjun yang mengasyikan dan juga kedinginan suasana dan airnya memberi seribu ilham dan ketenangan jiwa. Cewah.....!




Suasana pagi yang begitu tenang sekali di sini. Sesuai bagi sesiapa yang nak lepaskan tekanan kerja pada hujung minggu.




Saudara Rieza yang tak sabar-sabar nak berendam.




Mr. Topok menunjuk sesuatu, entah apa benda yang ditunjuknya.


Salah satu aliran air terjun yang begitu menarik.



Mr. Topok dan Rieza membincangkan sesuatu. ( mun ko terjun sia mati sik ow ? )





Suadara Saiful( Master Mind ) tengok apa tu? Nak terjun ke?





Apakah pandangan anda tentang trip kali ini? Posing apa ya bos?




Batu yang berada di tengah-tengah tempat mandi manda. macam merbahayakan pengujung terutamany ketika paras air tinggi.




Pandangan dari atas salah satu aliran air terjun di sini.






Lengguh juga kaki nak naik tangga nie. Boleh tahan juga tinggi air terjun nie.






Apa kau rasa?



Siap sedia dah nak mandi nie. ( Saiful , Mr Topok & Syah )






Sebelum mandi kite pose dulu ye. Merakamkan gambar kenang-kenangan sebelum memenuhi hajat untuk berendam.





Pandangan dari atas jambatan gantung, boleh tahan juga tinggi jambatan gantung nie, gayat dibuatnya...




Mungkin anda akan dapat satu perasaan yang aneh jika melihat gambar ini lama-lama. ( try if you dont belive it)




Antara pemandangan yang ada di sekitar kawasan ini.







Rendam kaki dulu baru mandi ( ikut sunah kata org tua ) tapi rokok Djarum sentiasa di jari steady jon!!!





Djarum ku mana? Mr Topok kehilangan rokok Djarum.





Ada gaya!!! ( Dah bis topok dah di mulut akutok dah )




Urutan air yang datang dari belakang. Boleh tanah la terapi air.





Di celahan batu ini pernah terjadi satu peristiwa sedikit masa dahulu.




Nawaitu....Mr Topok mebaca niat sebelum mandi.








Yeah!!!! syoknya!!!

Trip yang menyeronokkan, lain kali nak bawa satu kampung sekali lah.....


EVERYBODY SAY YO!!!!

Happy Holiday To All



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails