Rabu, 1 September 2010

Malam Lailatul Qa'dar

MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN



MALAM LAILATUL QA'DAR

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya :

" Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (redup). " -

Hadis Riwayat Imam Muslim

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya :

" Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. "

Hadis Riwayat Imam Ahmad

3. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :

" Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk."


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

I. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
II. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
III. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
IV. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


Sempena Aidilfitri yang mulia bakal menjelma ini kami petadbir BLOG GUMPEY 2008 ingin mengungkapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Warga Gumpey sama ada yang berada di perantauan ataupun yang telah berhijrah. Bersama-samalah kita jadikan hari yang mulia ini sebagai titik tolak dalam kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua. Buang yang keruh ambil yang jernih......

BERSAMA MEREALISASIKAN KEMAJUAN UNTUK KAMPUNG KITA
GUMPEY