Selasa, 9 Mac 2010

KAMPUNG GUMPEY DALAM LIPATAN SEJARAH.

KAMPUNG GUMPEY DALAM LIPATAN SEJARAH.



“ Sehubungan dengan itu ramai juga orang Melayu Brunei telah berpindah dan tinggal di Samarahan, termasuk juga orang-orang bangsawan. Di antaranya ialah Pengiran Kasuma Yuda Pengiran Sharifuddin yang mangkat pada tahun 1832, ayahanda kepada Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh, wakil Sultan di Kuching/Sarawak yang menentang James Brooke, telah mangkat dan dimakamkan di Kampung Gumpey yang terletak dekat dengan Gedong.

Petikan Dari Laman Web Rami Pejabat Residen Samarahan.

Batang Sadong pada satu masa dahulu adalah merupakan sempadan bagi negara Brunei dan juga Sarawak. Maka Kampung Gumpey dan juga kampung-kampung di sekitar adalah di bawah pentadbiran Brunei. Maka seorang pembesar telah di hantar oleh karajaan Berunei pada masa tersebut untuk mentadbir kawasan ini.

Pengiran Kesuma Yuda Pengiran Sharifuddin telah di hantar untuk mentadbir wilayah ini. Kemangkatan beliau telah di catat pada tahun 1832. Menurut fakta sejarah yang di ceritakan dari generasi ke genarasi, tapak makam beliau yang ada pada hari ini bukanlah di tempay asal. Ini kerana pada awalnya Kampung Gumpey adalah terletak di kawasan Lubuk Sejaie. Apabila berlaku serangan lanun pada zaman dahulu, maka penduduk kampung telah berpindah ke tapak kampung yang ada sekarang.

Begitulah juga dengan makam tersebut. Penduduk kampung telah memindahkan makan tersebut dari kampung asal ke kawasan kampung yang baru. Tempat yang sesuai dan lokasi yang baik telah di jumpai oleh penduduk pada masa tersebut ialah sebuah bukit yang di beri nama Munggu Sebejit. Ini kerana kawasan ini tinggi, di tepi sungai sesuai untuk di jadikan kawasan perkuburan. Makan sehingga hari ini, kawasan perkuburan Munggu Sebejit ini masi menjadi Tanah perkuburan Islam Kampung Gumpey.

Apa yang menarik ialah, semasa proses untuk memindahkan makam ini, sebuah bahtera ataupun kapal besar telah di bina bagi memindahkan makan Pengiran Kesuma Yuda ini. Kain putih telah di ikat pada mujung hadapan bahtera tersebut dan penduduk kampung telah bergilir-gilir untuk menarik kain tersebut. Setiap orang yang menarik kain tersebut akan memotong bahagian yang telah di tarik untuk kegunaan mereka. Sehingga tiba di kawasan Lubuk Sebejit kain tersebut habis di potong dan penduduk kampung mengambil keputusan untuk memakamkan beliau di kawasan terseut.

Hasil perkahwinan Pengiran Kesuma Yuda dengan penduduk tempatan telah menghasilkan golongan bangsawan Awang dan Dayang yang masih ada di kampung Gumpey pada hari ini. Golongan bangsawan asal keturunan Pengiran Kesuma Yuda yang masih ada di Kampung Gumpey pada masa kini adalah generasi yang ke-8 dan yang ke-9.







Makam Pengiran Kesuma Yuda Pengiran Sharifuddin


Kajian ke atas tembikar ini menunjukkan kewujudan pusat perdagangan awal dari abad ke-14hingga abad ke-17. Pada tahun 2005 longokan tembikar telah ditemui di Benat dan pada tahun 2008 orang awam telah menjumpai ketul emas di Gumpey. Semua ini membuktikan bahawa Samarahan merupakan sebuah kawasan yang sentiasa menarik perhatian manusia zaman awal. Dengan sejarah awal yang sangat menonjol Samarahan mungkin telah berkembang dan akhirnya menjadi sebuah Negeri. Dalam hubungan ini buktinya terdapat dalam sebuah manuskrip tulisan JAwai berjudul Alamat Zaman ketakhtaan negeri Barunie:”

Petikan Dari Laman Web Rami Pejabat Residen Samarahan.


Gambar yang di ambil di bawah adalah koleksi/kepunyaan peribadi orang awam yang telah berjaya menemui beberapa ketulan emas yang tertingal. Menurut fakta kejadian, ketulan emas ini di jumpai di sekitar lokasi kawasan Skadang. Orang yang pertama kali menjumpai ketulan emas ini adalah merupakan pekerja ladang sawit Indonesi yang bekerja sebagai pengendali jenkaut untuk mengali parit.


Pekerja tersebut telah mengambil ketulan emas berupa tengkolok dan juga barang-barang kebesaran raja yang lain dan telah membawa balik ketulan emas tersebut balik ke nagara asalnya.


Kejadian penemuan ketulan emas ini hanya di ketahui oleh penduduk kampung Gumpey, Benat dan Gedong setelah sebulan kemudian. Ketulan emas ini merupakan artifak tingalan sejarah yang tidak terungkap dan tidak di ketahui bagaimana emas tersebut boleh berada di sana. Ada orang awam yang berjaya menjumpai sehingga 2 kg ketulan emas tersebut.

Beberapa pendapat bebas penduduk kampung telah mengemukan beberapa teori seperti berikut.

1. Emas tersebut adalah hasil rompakan lanun pada zaman pemerintahan kesultanan Brunei di Batang Sadong dan di sembunyikan di sana.

2. Kemungkinan besar emas tersebut adalah kepunyaan pembesar Brunei yang mentadbir Kawasan Batang Sadong iaitu Pengiran Kesuma Yuda Pengiran Sharifuddin.








Gambar Ketulan Emas Yang Di Jumpai Di Kampung Gumpey.



Sumber -http://www.samarahanro.sarawak.gov.my





1 ulasan:

noey peacer berkata...

macam penah tgga jak emas ya...hahhahaha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails