Sabtu, 18 Jun 2011

Waka-waka di Gumpey


Belia Kampung Gumpey telah Berjaya menganjurkan pertandingan Bola Sepak 9 Sepasukan antara kampung yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 3 hingga 5 Jun 2011. Pertandingan ini menawarakan wang tunai berjumlah RM 1000.00 bagi juara beserta piala iringan dan medal, tempat kedua pula menerima wang tunai berjumlah RM 700.00 beserta piala dan medal, manakala tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500.00, piala dan juga medal.

Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandingan ini secara keseluruhannya. Antara kampung yang menghantar pasukan adalah seperti dari Kampung Gedong, Kampung Tanah Puteh, Kampung Lubok Pungor, Kampung Benat, Kampung Hilir Serian dan sebagainya

Keseluruhanya penyertaan pada kali ini agak berkurangan sedikit daripada tahun sebelumnya daripada jumlah pasukan yang bertanding. Namun begitu hadian dah wang tunai yang menjadi rebutan pasukan yang bertanding meningkat kepada RM 1000.00.

Pertandingan pada kali ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Haji Mohd. Naroden Bin Haji Majais selaku DUN N.21 Simunjan. Kehadiaran beliau amat dihargai dan di alu-alukan oleh pihak penganjur dan juga pngelola pertandingan.


Keputusan Pertandingan :

Johan : SERASI FC

Naib Johan : KBLH

Tempat Ke-3 : KSM


Antara aksi dan gambar-gambar yang sempat di rakamkan :



Aksi Perlawanan Tempat ke 3 & 4




Mencari dimana bola???


Berlaku Sedikit Insiden di dalam Padang



AJK PA System dengan aksi Tersendirinya




Yusuf Bujang dengan Komenya



Ketua RELA Gumpey yang mengawal keselamatan sepanjang Pertandinagn berlansung



Sebelum Perlawanan Akhir Bermula




Gambar Kenangan Bersama YB


Sepak Mula oleh YB



Amacam?? Ada gaya CR ka?



Cenderamata dari KK Gumpey untuk YB



Permain bersalaman dengan YB


Para Pemain diperkenalkan kepada YB




Aksi Penonton


Persiapan menyambut YB


TRIO


Penyokong Setia Gumpey



Antara Pasukan yang Bertanding



Piala dan Medal untuk Pemenang


KK Gumpey bersama Pengerusi PBB Gumpey dan juga YB Naroden



Keadaan Permukaan Padang





Pengadil Perlawanan Akhir



Bersalaman Sebelum Perlawanan Bermula



Adakah benar?? Team Arsenal???

Sempoi!!! Aksi di luar padang




Skuad Harimau Malaya???




EMI Penjaga Garisan


SERASI FC Juara Pertandingan


Senarai Pasukan yang Bertanding

Orang kuat di sebalik Pertandingan pada kali ini



Ripin & Bujang mengenang nasib Pasukan mereka yang kalah pada pusingan pertama



Keseluruhanya pertandingan ini telah mencapai objektifnya. Penyertaan daripada pasukan-pasukan yang bertanding amat di alu-alukan pada masa akan datang. Pihak pentadbir Blog Gumpey 2008 mengucapkan tahniah kepada pihak pengajur yang telah Berjaya menganjurkan pertandingan seumpama ini dan diharap dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian tidak kira yang menang mahupun yang telah tewas, terima kasih juga diucapkan kerana kesudian anda semua menyertai dan memeriahkan pertandingan ini. Begitu juga kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.

Segala kekurangan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran haraplah di maafkan dan akan di perbaiki pada akan datang. Sekian Terima Kasih



“ MAJULAH SUKAN UNTUK GUMPEY”


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

team Gumpey pun apa cerita?? tungkup macam selalu ka???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails