Sabtu, 17 September 2011

Gumpey Dalam Sejarah


Sejarah tersendiri telah tercipta di Gumpey dengan wujudnya sebuah gelangang futsal simen dihadapan Masjid Darul Iman Kampung Gumpey. Kewujudan gelangang ini menandakan bertambah satu lagi aktiviti ataupun acara sukan yang boleh dimainkan di Gumpey. Jika sebelum ini pemuda pemudi hanya bermain Bola Sepak, Takraw dan Badminton, maka dengan adanya gelangan futsal ini maka futsal juga boleh dimainkan.
Demam futsal dimana-mana dan bahangnya memang terasa. Tidak kira usia atau jantina, peringkat petandingan atau suka-suka, sukan futsal memang menjadi pilihan ramai sekarang ini. Jadi sejajar dengan ini kewujudan gelangang futsal di Gumpey diharap dapat memberi impak yang positif dan signifikan dalam memajukan sukan bola sepak di Gumpey khasnya.

Dalam melahirkan penduduk kampung yang sihat dan proaktif, kewujudan gelanggang ini sesuai benarlah jika dimanfaatkan dengan sebaiknya. Bukan sahaja kaum lelaki malah kaum hawa juga boleh bermain futsal. Anak-anak muda Gumpey juga haruslah memanfaatkan gelangan ini sebaiknya agar masa terluang yang ada dapat dimanfaatkan kepada aktiviti yang lebih berfaedah dan dapat mengelakkan diri dari terlibat dengan perkara-perkara negatif.

Jika dilihat dari sudut positif dan pembangunan sukan, saya percaya kiranya dalam masa setahun dari sekarang banyak bakat dapat dicungkil dan :nemiak: Gumpey dapat pergi jauh dalam sukan futsal” (Tada, 2011).
Keyakinan ini dilontarkan oleh peminat tegar sukan di Gumpey. Memetik kenyataan ini, keyakinan itu memang ada dan terbukti benar semasa pertandingan Futsal Aidilfitri yang di adakan di gelangang ini bersempena Hari Raya baru-baru ini. Dimana penyertaan pasukan :nemiak: Berjaya mencuri tumpuan penonton di samping aksi hebat pemain-pemain senior.
Gambar- gambar yang sempat disaat gelangang masih dalam pembikinan:




Pengukuran Gelangang



Penandaan Gelangang

Pengaturacaraan Sudut Gelangang


Projek Manager


Pengujian Gol Post


Membuat Garisan Gelangang

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya rasa crita pasal pgn kesuma yuda tu krg tepat la....maaf....

Tanpa Nama berkata...

ye? kalau kurg tepat silalah tepatkan....TQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails