Sabtu, 18 Jun 2011

Waka-waka di Gumpey


Belia Kampung Gumpey telah Berjaya menganjurkan pertandingan Bola Sepak 9 Sepasukan antara kampung yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 3 hingga 5 Jun 2011. Pertandingan ini menawarakan wang tunai berjumlah RM 1000.00 bagi juara beserta piala iringan dan medal, tempat kedua pula menerima wang tunai berjumlah RM 700.00 beserta piala dan medal, manakala tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500.00, piala dan juga medal.

Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandingan ini secara keseluruhannya. Antara kampung yang menghantar pasukan adalah seperti dari Kampung Gedong, Kampung Tanah Puteh, Kampung Lubok Pungor, Kampung Benat, Kampung Hilir Serian dan sebagainya

Keseluruhanya penyertaan pada kali ini agak berkurangan sedikit daripada tahun sebelumnya daripada jumlah pasukan yang bertanding. Namun begitu hadian dah wang tunai yang menjadi rebutan pasukan yang bertanding meningkat kepada RM 1000.00.

Pertandingan pada kali ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Haji Mohd. Naroden Bin Haji Majais selaku DUN N.21 Simunjan. Kehadiaran beliau amat dihargai dan di alu-alukan oleh pihak penganjur dan juga pngelola pertandingan.


Keputusan Pertandingan :

Johan : SERASI FC

Naib Johan : KBLH

Tempat Ke-3 : KSM


Antara aksi dan gambar-gambar yang sempat di rakamkan :



Aksi Perlawanan Tempat ke 3 & 4




Mencari dimana bola???


Berlaku Sedikit Insiden di dalam Padang



AJK PA System dengan aksi Tersendirinya




Yusuf Bujang dengan Komenya



Ketua RELA Gumpey yang mengawal keselamatan sepanjang Pertandinagn berlansung



Sebelum Perlawanan Akhir Bermula




Gambar Kenangan Bersama YB


Sepak Mula oleh YB



Amacam?? Ada gaya CR ka?



Cenderamata dari KK Gumpey untuk YB



Permain bersalaman dengan YB


Para Pemain diperkenalkan kepada YB




Aksi Penonton


Persiapan menyambut YB


TRIO


Penyokong Setia Gumpey



Antara Pasukan yang Bertanding



Piala dan Medal untuk Pemenang


KK Gumpey bersama Pengerusi PBB Gumpey dan juga YB Naroden



Keadaan Permukaan Padang





Pengadil Perlawanan Akhir



Bersalaman Sebelum Perlawanan Bermula



Adakah benar?? Team Arsenal???

Sempoi!!! Aksi di luar padang




Skuad Harimau Malaya???




EMI Penjaga Garisan


SERASI FC Juara Pertandingan


Senarai Pasukan yang Bertanding

Orang kuat di sebalik Pertandingan pada kali ini



Ripin & Bujang mengenang nasib Pasukan mereka yang kalah pada pusingan pertama



Keseluruhanya pertandingan ini telah mencapai objektifnya. Penyertaan daripada pasukan-pasukan yang bertanding amat di alu-alukan pada masa akan datang. Pihak pentadbir Blog Gumpey 2008 mengucapkan tahniah kepada pihak pengajur yang telah Berjaya menganjurkan pertandingan seumpama ini dan diharap dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian tidak kira yang menang mahupun yang telah tewas, terima kasih juga diucapkan kerana kesudian anda semua menyertai dan memeriahkan pertandingan ini. Begitu juga kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.

Segala kekurangan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran haraplah di maafkan dan akan di perbaiki pada akan datang. Sekian Terima Kasih



“ MAJULAH SUKAN UNTUK GUMPEY”


Rabu, 13 April 2011

Makanan oh makanan….


Salam semua……………

Entry kali tok kita bercerita pasal makanan. Makan yang selalu kita makan dan makanan tradisional kita di Gumpey. Maklumlah makanan tok macam-macam manakanan. Tapi pernah sik kita tau apa kita makan. Jum kita tangar apa kita makan......

1. Kasam / Pekasam

Mun kita di Gumpey tok kasam nang No.1 sik dapat dilayan gik. Paling popular (femes) kata orang tua adalah kasam ikan Malaysia ( tilapia hitam ) ngan kasam Baung. Dua ekor jenis ikan tok selalu di polah orang Gumpey sebagai kasam. Ada juak kasam yang di polah daripada ikan seluang ngan empunok atau senik. Empunok tok mun ktk org sik tau, ada nak udang kecik ya. Ya la namanya empunok.

Ada juak orang Gumpey molah kasam pucok bandong. Kasam tok nang ada aura nya pun. Mun org rumah sebelah kita molah kasam nang sekampung tau. Baunya mun di goreng nang ngaro. Kenak gik mun dan kasam ya lamak, baunya nang power. Mun di makan seminggu baunya di tangan sik hilang.

Kasam tok di polah dengan cara mencampurkan ikan dengan nasik ngan garam kakya di peram. Lebih kurang dalam 3 ari kak ya baruk kasam ya boleh di makan. Ada istilah yang di pakey di Gumpey. Istilah ya di pakey untuk menentukan sama ada kasam ya dah dapat di amakn lom. Istilah nya ialah “Ngentut!!”, mun kasam ya dah ngentut maksudnya ksam ya dah boleh di makan.

2. Dangit

Dangit otk berbeza dari kasam. Mun kasam di campur ngn nasik tapi dangit tok di campur dengan berans yang dah di aruk. Warna dangit tok hitam sikit. Sebb beras yang dah di aruk ya. Dangit tok kurang kit baunya dari kasam tapi kaedah mok molah nya lebih kurang jak.

Ikan yang selalu di polah dangit tok adalah ikan Tapah ngn ikan Baung. Dangit tok mun di goreng nang nyaman lah sik da tandingan nya gik. Mun dolok zaman buah engkabang gik banyak marek ada juak cdak molah dangit buah engkabang. Tapi kinektok buah engkabang pu dah sik nampak gik sebab pokok nya dah habis di tebang k cdak molah perauk.

3. Emupuyak / Tempoyak

Rasanya semua org tau apa tempoyak tok. Empuyak goreng ng best la….ada juak cdak suka makan empuyak matak ajak….di campur dengan cabik cepak ngn empusuk..biar merah muka nahan pedas tapi nang stedy mun k manakn tgh hari.

Cgek juak empuyak tok nyaman mun k molah lempah udang ngn ikan Labang. Bila empuyak tok di campur ngn lempah tok rasa kuah nya nang luar biasa. Mun biasa makan setapak nasik jak…mu nada lempah udang campur ngn empuyak sik musatahil makan 3 tapak terutamanya mun ikan labang di hidang.

4. Sambal Belacan

Belacan tok nang sush nak madah apa la.semua tau kenikmatan makan belacan tok nang luar biasa. Pelbagai cara cdak molah belacan tok. Di goreng la di polah sambal la apa la. Nak mok di cerita ctok adalah belacan tunok. Pernah ktk orang nangar ka? BELACAN TUNOk???.

Bagi yang sik tau belacan tunok tok adalah belacan ketul yang di tunok mam ya ajak tanpa di campur or di ubah suai. Nang seketul belacan ya jak di tunok. Belacan yang selalu di tunok cdak tok adalah seperti belacan Bako, belacan Bintulu. Mun belacan tobek nak cap cabik ya sik nyaman cadk madah. Pait ngn bau nya sik nyaman.

Kelebihan belacan tunok tok nang sik pat di padah ngn di cerita la. Mun mok tau apa rasanya try polah dirik pun. Ya baruk ktk org tau apa nikmatnya makan belacan tunok.

5. Bauk / Bau

Bauk tok sejenis makanan exotic yang mungkin org area Gedong, Gumpey ngn Tanah Putih jak tau. Sebab bauk tok jarang2 ada. Ikut musim, ya pun mu nada, setahun sekali jak ada musim tok. Apa bauk ya? Mun bagi yang sik tau bauk tok mungkin sejenis ikan or anak ikan yang kecik. Siktau dri sepsis apa. Sik da kajian terhadap ikan tok.

Bauk tok nang nyaman mun di polah umai, mun nya gik hidup ya gik ngerebat nya dalam mulut dah di telan. Bauk tok juak nyaman mun di polah cucur ngn di lempah. Selalu mun di Gumpey bauk tok juak di polah kasam or dangit. Sebab bauk tok jarang mok dapat dan sepa yang sik pernah makan bauk tok nang rugi lah.

Cgek gik peristiwa mun tiba musim bauk tok, suasana Sungai Sadong area terdekat akan jadi meriah. Sik kira sepa mesti turun ngembak seledok ka cdak nangok bauk ya. Bila musim bauk tok datang tau abis dak kelambu ngn kain jarang di potong k cdak molah seledok. Biasanya musim bauk tok ngak 3 ari. Jadi sepa yang dapat banyak ya akan berduit la. Bauk tok di jiual dengan harga Rm2.50 hingga Rm4.00 sekong ( tin susu kecik ya).

6. Temilok

Temilok tok terlebih exotic la….sik tau ka ada yang ingt ka sik agik dgn temilok tok. Temilok tok adalah sejenis ulat kayu yang ada di dalam kayu yang berendam dalam air. Kayu yang sesuai untuk temilok tok adalah kayu Baruk. Mungkin ramie dah sik pernah nangar temilik. Kelak mu nada gambr kita kah nya dalamblog tok.

Temilok tok di makan denagn cara campur nya dengan limo ngn cabik. Menurut org tua Gumpey nang nyaman la. Tapi belum pernah merasa gik Cuma pernah nangar nya jak. Bagi yang sik dapt nerimak makanan tok nang pleik rupanya. Tapi mun yang dah biasa sik jadi hal.

7. Kerikap

Kerikap tok sama macm koyong la lebih kurang. Bukan koyong babi tapi lebih kurang mcam koyong sedut ya. Kerikap tok warnanya hitam. Mun time dolok nang selalu nagar cadak Gumpey tok negrikap (istilah untuk org yang pergi ngumpul kerikap), tpi kinek ari tok dah jarang dah. Mungkin dah sik popular gik dah kerikap tok kali. Kerikap tok nang nyaman la mun bagi yang dah biasa makan. Rasa isinya manis. Mun di campur gik ngn umbut geli nan bestlah.

Mun nak di cerita ada banyak gik makan yang pelik di Gumpey tok, tapi kali tok cukup sampey ctok lok la….lak kita sambung gik cerita. Dengan gambar nya sekali kelak kita nyambung nya. Baruk best!!!!!

Isnin, 11 April 2011

Marilah-mari mengundi!!!!!!



Marilah mari mengudi tunaikanlah kewajiban....Bloger Gumpey 2008 mengucapkan selamat mengudi kepada semua Warga Gumpey yang bakal mengundi pada 16 April 2011 ini. Datanglkah awal dan jangan lupa bawa kad pengenalan diri. undilah calon yang berwibawa dan mampu menjamin hak kita di Bumi Sarawak tercinta.

Kepada semua Warga Gumpey berkempenlah mengikut saluran yang betul dan jangan ada insiden menebang buluh berlaku agik.Kelak free-free di tangkap polis..... kepada semua Warga Gumpey jangan jadikan perbezaan fahaman politik memecah belahkan perpaduan yang sedia terjalin di kampung kita sekian lama. biar politik itu menjadi agenda masing-masing tanpa memecah belahkan perpaduan dan kerjasama penduduk Gumpey kita.


Sedikit fakta mengenai DUN 21 Simunjan

Penyandang : Yb Naroden Majais (PBB)

Pencabar 1 : Dr Mansor Hussen (PKR

Pencabar 2 : Zaini bin Le’ (Bebas)

Pencabar 3 : Mac Palima ak Nyambil (PCM)


majoriti pengundi di N 21 Simunjan ini adalah dari suku kaum Iban, Melayu, Cina dan lain lain lagi.